Monday, July 9, 2012

Lelaki lembut perempuan ganas


Senario pada masa kini dapat dilihat wanita tidak berkahwin adalah perkara biasa di kalangan masyarakat kita. Pelbagai faktor yang menjadikan perkara ini semakin berleluasa terhadap golongan tersebut sehingga ia tidak difikirkan langsung oleh mereka.
Pada masa kini dapat dilihat ramai wanita tidak berkahwin walaupun sudah berusia. Banyak alasan diberikan antaranya belum ada jodoh, sibuk mengejar karier, tidak bertemu lelaki pilihan dan macam-macam lagi.
Bagaimanapun, salah satu punca mengapa wanita belum berkahwin kerana bilangan lelaki kurang dan semakin ramai lelaki berperwatakan lembut. Situasi begini membuatkan wanita teragak-agak memilih jodoh dan akhirnya membiarkan masa berlalu begitu sahaja.
Lelaki berjiwa lembut biarpun fizikal seperti lelaki sejati namun jiwanya cenderung kepada wanita. Perlakuan ini bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam serta masyarakat tidak dapat menerima perlakuan sebegini. Tidak hairanlah apabila lelaki lembut atau mak nyah ini dikeji dan dipandang serong oleh masyarakat.
Ada yang sanggup melakukan apa saja termasuk mengubah jantina dan diri semata-mata mahu kelihatan seperti wanita. Tidak kurang yang berpelesiran di lorong-lorong gelap untuk menjual diri. Malah, lebih dahsyat lagi ada di kalangan mereka yang mempunyai ‘suami’ atau ‘teman lelaki’ seperti wanita tulen.
Isu lelaki lembut sememangnya sudah lama diperkatakan dan tidak keterlaluan jika dikatakan ia akan menjadi serius

jika tidak dibendung.
Antara faktor wujudnya lelaki lembut ini adalah hormon dan genetik serta ketidakprihatinan ibu bapa mengikuti perkembangan tumbesaran anak-anak. Selain itu, latihan ataupun pendidikan yang diberikan kedua-dua ibu bapa semasa kecil juga turut mempengaruhi situasi ini.
Namun begitu, tidak semua tentang lelaki lembut mahupun mak nyah buruk belaka. Ramai mengakui golongan ini memiliki daya kreativiti yang tinggi. Tidak hairanlah banyak butik pengantin dikendalikan oleh mereka. Bukan saja menjahit pakaian pengantin malah mereka juga mahir melakukan kerja tangan mengubah pelamin, rekaan pakaian dan sebagainya sebagai sumber rezeki.
Bukan setakat berbakat dalam kerja-kerja tangan ada juga di kalangan mereka yang berjaya sebagai usahawan, pemilik salun kecantikan, pendandan rambut, jurusolek, tukang jahit dan pakar masakan.
Golongan lelaki lembut ini biasanya bekerja lebih gigih untuk berjaya dalam pelajaran, latihan kemahiran dan kerjaya jika dibandingkan dengan lelaki tulen.
Justeru, wujudnya pandangan bahawa lelaki lembut ini punca wanita tidak berjodoh kerana dikatakan lelaki lembut yang terdapat di luar sana membuatkan wanita tidak mempunyai banyak pilihan dalam mencari jodoh. Sejauh manakah kebenaran penyataan?

1 comment: