Thursday, July 12, 2012

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia

---> Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.

---> Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.

---> Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.

--->Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.

---> 
Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.


---> Ujub dan sombong.

---> Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.


---> Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa 
besar.


---> Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.

---> Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.

---> Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.

---> Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
---> Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.

---> Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.


|UKIRAN ; sANg rAJuNa|

  

No comments:

Post a Comment