http://arjun512.blogspot.com/p/site-map.html

Saturday, July 14, 2012

Girls AND Boys Cute



Artikel kali ni "gurls and boys cute" dengan kata lain comel la,, mempunyai lesun pipit dipipi............

Thursday, July 12, 2012

Kisah Dua Malaikat



Assalamualaikum wr wb,
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya,

"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang
di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya
seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah

Bagaimana Syaitan Memasuki Hati Manusia

---> Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.

---> Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.

---> Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.

--->Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.

---> 
Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.


---> Ujub dan sombong.

---> Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam.


---> Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa 
besar.


---> Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.

---> Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.

---> Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.

---> Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
---> Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.

---> Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.


|UKIRAN ; sANg rAJuNa|

  

"Special Kiss" ciuman pertama

'Kiss' tak boleh dipisahkan lagi dalam dunia cinta terlarang.. korang tak payah tanya kenapa terlarang tu.. hahaha

--->Nak cite sikit pasal pertama kali aku 'kiss' pumpuan.. Masa tu umo aku 17 dan hari cuti minggu baru saja bermula.. Seperti biasa aku akan pergi rumah Mak sedara(Maksu) yang tak jauh dari rumah aku,, selalu keruma mak su bukan kata aku rajin nak buat kerja rumah dia tu.. ada sebab yang menjadikan rumahnya istimewa,, iaitu ganis cute sebelah rumah Maksu,, nama dia Elisya,, aku paggil Sya.. Selalu datang berbual dan kadang2 tolong Maksu kemas rumah.. 

--->Cite aku bermula setelah sampai je rumah Maksu.. Macam biasa aku akan memberi salam terlebih dahulu dan suara yang menjawabnya cukup aku kenal, bukan suara Maksu.. masuk je rumah, sudah aku duga suara itu ialah Sya.. bagi mengelakkan sawasangka yang aku suka dia,, aku tegur dia macam biasa.. "awal sampai??" dia jawab "ehh! aku duk sebelah tu je..kau tu awal sampai.." sambil tersenyum.. Aku pun berlalu mecari Maksu walaupun aku tidak puas lagi melihat wajahnya yang tersenyum indah..buat aku layu seketika.. 

--->Hari itu rupenya Maksu terpaksa ke Terengganu,, alang2 aku ada disitu dia pesang tenguk-tengukkan rumah dia.. Aku tenguk Sya bersalaman,,  Maksu terus bertolak dan kelihatan Sya berjalan balik kerumahnya.. Aku pun tonton tv yang sedia terbuka,, seketika selepas itu Sya datang membawa makanan dan terus kedapur untuk letak makanan atas meja.. dia kata sarapan pagi untuk aku,, mum dia yang buat..

--->Kebetulan waktu tu siaran tv menyiarkan cerita yang diminati.. tak apa tajuk cite tu pun aku dah lupe.. Dia duduk didepan tv memberi tumpuan sepenuhnya pada cite tu tanpa dia sedar yang aku sedang tenung wajahnya dengan hati yang bercampur tak tau apa.. timbul pulak dihati aku keinginan untuk kiss bibir dia kerana sungguh tak tahan melihatnya.. Perasaan waktu tu bercampur gementar dan takut Sya marah, maklumla aku tak ada pengalaman langsung waktu tu.. Seketika aku sedar dari layanan perasaan, aku tenguk Sya tersenyum perhatikan aku.. Senyuman itu buat aku berani untuk kiss Sya dan Sya seperti merelakan.. aku kiss dia biasa-biasa je,, maklum la pertama kali.. Selepas tu aku menyusun kelima-lima jari memohon maaf ,,hahaha..Sya memaafkan aku dan memberi amaran dengan mengatakan jangan nakal2 sangat.. sikit takpe... Umo Sya tua 2 tahun berbanding aku.. aku hanya mengangguk kepala tanda setuju..

"ITU LA PENGALAMAN 'KISS' PERTAMA AKU..."

----> Gambar Hiasan

Wednesday, July 11, 2012

Jiwa GIGOLO seksi

Melalui perwatakan, susuk tubuh yang perkasa dan berpakaian lelaki metrolseksual.. Siapa sangka lelaki jenis ini pemalas dan senang digelar anak ikan.. korang tau tak anak ikan tu apa??


ok2.. sini aku bagi penerangan sikit.. anak ikan bermaksud.. ehem2.. lelaki muda yang mendampingi perempuan  TUA & DAH KAWIN PLUS TA SEDAR DIRI yang kaya dengan tujuan untuk HIDUP MEWAH DENGAR HARTA PUMPUAN TU LA! ok.. sape2 yg terasa dengan perkataan di atas ni.. harap anda lebih terasa bila aku taip balik ok! 
----> perempuan  TUA & DAH KAWIN PLUS TA SEDAR DIRI <----wah!! KEPUASAN BERGANDA!
nak tanyer ni.. ada ke pembaca blog ni anak ikan?? BAIK MENGAKU AWAL2! hehe..



Aku sempat tanya anak ikan yang ada di Malaysia:


"best ke jadi anak ikan??"
dye jawab..

"best gilerr!!! dapat BERENANG DALAM LAUTAN HARTA~"
tnye lagy kat dye!
"knp tak amik perempuan yg muda je?? x malu ke berdamping ngan perempuan YG SEUSIA UR MUM??
dye jwb..

"ade ke?? wahh! kalau dapat yang muda bukan BERENANG DALAM LAUTAN HARTA~ je la..laut bergelora.."


kesimpulannya  ----> anak ikan mencari mama ikan sebab takde girls yg muda2 nak kan dye.. kiranya..Nasib je la ..hahahha


nak tnye plak kat MAMA IKAN YG TUA, TAK SEDAR DIRI.. HUHU~

"best ke bela ank ikan?"
dye jawab.. 
"of coz! terubat sikit rasa sunyi di hati I nie.."
aku tnye lagy..
"tak rase berdosa ke kat suami?"
dye jawab..
"ade la sikit.. ala lagypown.. suami I tu pown same.. 2 kali 5 je.. dye punye baby lagy banyak.. keliling pinggang~  tu pasal la I ni dye tinggalkan.. I cari anak ikan ni tuk luangkan masa je.. main2 ngan dia.. U tnyer banyak2 ni U nak jadi anak ikan I ke??"

aku jwb..
"takpelah NENEK~ saye belum cukup umur lagi"




Luahan Hati Arjuna


Hati Seorang Samseng

"Kisah budak mutor".. aku bagi S/r je nama.. S/r ni dikira macam samseng juga la, buat benda tanpa berfikir atau dengan kata lain kebodohan melampau.. Cerita ini berlaku sewaktu cuti sekolah, dan S/R tau kawannya akan balik.. Seperti kebaisaannya S/R akan jemput kawannya itu untuk bersiar mengelilingi suasana malam dibandar..


Dialog Budak Samseng

S/r : macam mana sekarang? sihat?..
A*** : macam biasa bro..hahaha.. kau?.. 
S/r : aku sihat ke tak, sama je.. macam mana stady kat sana?best?
A*** : biase je.. tapi aku rindu tempat ni la.. malam ni kau kata        
       nak bawak aku pusing bandar? jadi tak?
       kau jangan buat2 tak ingat pulak!
S/r : okey la.. jom..! dengan kau aku mana boleh lupa

dalam perjalanan kebandar tiba2 S/r memecut laju 160km/j.......

A*** : woii..! kau tak pandai bawa moter slow ke? aku takut la...
S/r : nak slow boleh ! kau mesti cakap ''i love u !''..
A*** : okey la..... 'i love u!!!!!!!!!"'..
S/r : okey.. sekarang kau ambil helmet aku ni kau pakai dan kau
      pelup aku kuat2 ..


A*** yang berada dalam ketakutan hanya menurut saja...

Keesokan harinya keluar berita mengatakan dua remaja terlibat dengan kemalang, dan seorang maut ditempat kejadian. Kemalangan berpunca dari brike motor rosak..



(Sebelum Kejadian) S/r baru saja tau yang brike motornya tidak berfungsi. S/r memecut laju kerana tau yang dia akan bakal mati dan sebab tu la...helmet diberi kepada kawan baiknya kerana helmet dibawanya ada satu. Untuk kali terakhir dan pertama kali dia ingin dengar kawannya itu mengatakan "I Love U"..walaupun dia tau kawannya itu penyayANG...............

SAYANGILA KAWAN ANDA..

Tuesday, July 10, 2012

Anak Jati Kelantan


  • Ada yang mengatakan orang Kelantan jahat
  • Ada yang mengatakan orang Kelantan kaki pukul 
  • Ada yang mengatakan orang Kelantan Samseng
  • Ada juga mengatakan orang Kelantan "kacak@comel"
  • Ada yang mengatakan orang Kelantan alim(kuat agama)
  • Ada yang mengatakan orang Kelantan bersatupadu...yang lemah dilindungi dan yang kuat tidak putus memberi ..

 Bagi aku itu semua lumrah hidup.. Tiada yang sempurna di muka bumi ini...

Jejaka Terhangat 2o12



Jejaka ini menjadi rebutan cewek-cewek cantik masa kini. Boleh dikatakan kehidupan dua pria ini tidak menang tangan melayan cewek 'sexy and stylish' yang ingin jadi girlfrend.. Ternyata dua pria ini, juga menjadi idaman pria perkasa(homoseksual) haha...


Aku pun tak tau, dengar cerita dari mulut kemulut.. Artikel ini dibuat untuk merungkai cerita beliau... dan ada 2 orang perempuan(nama dirahsia) yang tak lepas peluang ingin mengejar cinta Arjuna perkasa(pria idaman) ..


"MUDAH-MUDAHAN PRIA IDAMAN INI SELALU BERKHIDMAT UNTUK NEGARA":p


KEDAI MISTERI

"Apakah disebalik kejadian kemalangan disebuah kedai makan, dijalan utama Gua Musang berdekatan hentian 'R&R'?. Siapakah yang bakal merungkai disebalik misteri itu?" Misteri kedai itu masih menjadi tanda tanya sampai kehari ini..


Misteri disebalik kedai itu timbul apabila banyak kemalangan berlaku disitu melibatkan kematian. Menjadi tanda tanya, "kenapa setiap kali kedai itu beroprasi pasti kemalangan berlaku?" Dari makluman pemandu yang terselamat melibatkan kemalangan disitu, mengatakan tidak nampak selekuh disitu dan terus merempuh kedai itu dan 'selekuh itu bukan la teruk pun, biasa-biasa je..'.


Aku tak berani buat nafsiran sendiri takut-takut tersilap. Tapi, banyak cerita dari orang-orang. Antaranya pemilik kedai tu menggunakan pelaris.berkemungkinan besar jugala kerana kedai itu tidak putus-putus didatangi ..tapi, ada juga mengatakan penunggu kawasan itu tidak mengizinkan tapak... 


Monday, July 9, 2012

MANUSIA HARIMAU

Di perdalaman Gua Musang, Kelantan. Digempurkan! dengan kejadian misteri manusia harimau. Dipercayai dari sekumpulan pemburu haram dan Perhilitan Hidupan Liar dari kampung Felada di Gua Musang, mengatakan pernah terserempak. Namun, Misteri tersebut belum ada sesiapa pun yang mampu merungkap sepenuhnya....


Dipercayai manusia harimau tersebut dikalangan penduduk setempat. "Apakah kisah disebalik kejadian misteri manusia harimau?" tentunya setiap jejadian misteri ada sebab tersendiri....

Misteri Gua Sejuk

Misteri "Gua Sejuk". Gua yang berada di Gua Musang, Kelantan. Gua ini terletak di sebelah jalan utama antara Kuala Krai menuju Kuala Lumpur. Jalan yang berada di Gua Sejuk itu sememangnya dikenali sebagai jalan 'sakaratul maut', kerana setiap tahun meragut tidak lebih dan tidak kurang dari lima nyawa..

Misteri jalan itu sememang mempunyai penjaga dari alam lain dan gua itu mempunyai ramai penghuni dari alam lain. Aku nak ceritakan ni adalah kisah aku sendiri. Aku adalah orang yang dilahirkan di Gua Musang, Kelantan. Siapa sangka yang aku guna jalan itu setiap hari pada umur 18 tahun, baru lepas SPM dan ingin mencari pengalaman bekerja. Pada umur aku 18 tahan tu aku bekerja di Shell yang terletak di Rantau Manis atau dikenali R&R. Seketika aku bekerja di situ, nasib menyebelahi aku. Aku berkerja disitu diwaktu siang dan mempunyai teman melalui jalan itu, kebetulan pakcik sekampung denganku bekerja sebagai cleaner ditempat aku bekerja. Pakcik itu dikenali sebagai Pak Mat dan aku tidak mengenalinya waktu tu walaupn sekampung. Sudah terlanjur aku mengenalinya, aku tanya sedikir sebanyak mengenai 'Jalan Misteri Gua Sejuk tu' padanya. Macam yang disangka melalui umur dan sikapnya, Pak Mat sangat mengatahui kisah-kisah 'Jalan Misteri Gua Sejuk'. Pak Mat bagitau aku jangan lalu jalan tu waktu malam kalau 'semangat' tak kuat. 


Setelah lebih kurang sebulan aku bekerja disitu. Sunggung tidak aku duga, bos aku mintak aku bekerja shef malam kerana dua orang member aku yang selalu shef malam tu terpaksa ke Pasir Mas. Tanpa terfikir tentang jalan yang bakal aku lalu tu, aku hanya bersetuju.


Jam didinding  menunjukkan pukul 10 malam, aku mandi dan bersiap-siap. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 10.30 dan sheff aku pukul 12, masih awal lagi. Aku pun buka tv dan waktu tu la aku terlintas pasal Misteri Jalan Gua Sejuk. Keresahan mula terasa ,jam menunjukkan lebih kurang pukul 11 dan aku mula bertolak tanpa banyak berfikir kerana perjalanan lebih kurang 15 minit dari rumah aku. Sesampainya aku dijalan misteri itu motor tanpa disangka meragam tak mau hidup. Perasaan waktu tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata, aku sangat takut dan aku merasa bulu tengkutku berdiri tegak. Melalui samar-samar cahaya bulan aku ternampak bayangan lembaga menuju kearahku. Aku cuba hidupkan mutor tapi tak boleh. Sampainya dekat aku cukup kenal dengan wajah tu, fusssh! nasib baik. Pak Mat rupanya. Pak Mat pun tumpang aku sampai ketempat kerja. 


Keesokan hari aku baru ingat sudah 3 hari aku tak isi minyak mutor, dan malam tu sesudah sampi ditempat kerja aku tengok minyak mutor betul-betul kering. Menjadi persoalannya, kenapa Pak Mak mat datang saja mutor terus hidup dan Pak Mat buat apa dekat Jalan Misteri tu. Hari-hari berlalu, aku mencari Pak Mat untuk menanyakan yang dia buat apa dekat jalan misteri tu dan tidak ketemu.


Setelah dapat tawaran sambung belajar, aku jumpa bos aku mahu ambil gaji yang terakhir. Maklumla hari terakhir aku bekerja, aku berbual panjang la sampaikan aku cerita pasal aku dijalam misteri  dengan Pak Mat. Tanpa terduga, Pak Mat tidak dikenali bos aku, dengan kata lain Pak Mat tidak pernah bekerja disini. 


Itu la kisah serang yang berlaku pada aku pada tahun 2009, misteri jalan gua sejuk. Sampai sekarang tiada siapa yang boleh merungkap misteri jalan itu dan "Siapakah Pak Mat?"...



Lelaki lembut perempuan ganas


Senario pada masa kini dapat dilihat wanita tidak berkahwin adalah perkara biasa di kalangan masyarakat kita. Pelbagai faktor yang menjadikan perkara ini semakin berleluasa terhadap golongan tersebut sehingga ia tidak difikirkan langsung oleh mereka.
Pada masa kini dapat dilihat ramai wanita tidak berkahwin walaupun sudah berusia. Banyak alasan diberikan antaranya belum ada jodoh, sibuk mengejar karier, tidak bertemu lelaki pilihan dan macam-macam lagi.
Bagaimanapun, salah satu punca mengapa wanita belum berkahwin kerana bilangan lelaki kurang dan semakin ramai lelaki berperwatakan lembut. Situasi begini membuatkan wanita teragak-agak memilih jodoh dan akhirnya membiarkan masa berlalu begitu sahaja.
Lelaki berjiwa lembut biarpun fizikal seperti lelaki sejati namun jiwanya cenderung kepada wanita. Perlakuan ini bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam serta masyarakat tidak dapat menerima perlakuan sebegini. Tidak hairanlah apabila lelaki lembut atau mak nyah ini dikeji dan dipandang serong oleh masyarakat.
Ada yang sanggup melakukan apa saja termasuk mengubah jantina dan diri semata-mata mahu kelihatan seperti wanita. Tidak kurang yang berpelesiran di lorong-lorong gelap untuk menjual diri. Malah, lebih dahsyat lagi ada di kalangan mereka yang mempunyai ‘suami’ atau ‘teman lelaki’ seperti wanita tulen.
Isu lelaki lembut sememangnya sudah lama diperkatakan dan tidak keterlaluan jika dikatakan ia akan menjadi serius