http://arjun512.blogspot.com/p/site-map.html

Monday, July 9, 2012

Misteri Gua Sejuk

Misteri "Gua Sejuk". Gua yang berada di Gua Musang, Kelantan. Gua ini terletak di sebelah jalan utama antara Kuala Krai menuju Kuala Lumpur. Jalan yang berada di Gua Sejuk itu sememangnya dikenali sebagai jalan 'sakaratul maut', kerana setiap tahun meragut tidak lebih dan tidak kurang dari lima nyawa..

Misteri jalan itu sememang mempunyai penjaga dari alam lain dan gua itu mempunyai ramai penghuni dari alam lain. Aku nak ceritakan ni adalah kisah aku sendiri. Aku adalah orang yang dilahirkan di Gua Musang, Kelantan. Siapa sangka yang aku guna jalan itu setiap hari pada umur 18 tahun, baru lepas SPM dan ingin mencari pengalaman bekerja. Pada umur aku 18 tahan tu aku bekerja di Shell yang terletak di Rantau Manis atau dikenali R&R. Seketika aku bekerja di situ, nasib menyebelahi aku. Aku berkerja disitu diwaktu siang dan mempunyai teman melalui jalan itu, kebetulan pakcik sekampung denganku bekerja sebagai cleaner ditempat aku bekerja. Pakcik itu dikenali sebagai Pak Mat dan aku tidak mengenalinya waktu tu walaupn sekampung. Sudah terlanjur aku mengenalinya, aku tanya sedikir sebanyak mengenai 'Jalan Misteri Gua Sejuk tu' padanya. Macam yang disangka melalui umur dan sikapnya, Pak Mat sangat mengatahui kisah-kisah 'Jalan Misteri Gua Sejuk'. Pak Mat bagitau aku jangan lalu jalan tu waktu malam kalau 'semangat' tak kuat. 


Setelah lebih kurang sebulan aku bekerja disitu. Sunggung tidak aku duga, bos aku mintak aku bekerja shef malam kerana dua orang member aku yang selalu shef malam tu terpaksa ke Pasir Mas. Tanpa terfikir tentang jalan yang bakal aku lalu tu, aku hanya bersetuju.


Jam didinding  menunjukkan pukul 10 malam, aku mandi dan bersiap-siap. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 10.30 dan sheff aku pukul 12, masih awal lagi. Aku pun buka tv dan waktu tu la aku terlintas pasal Misteri Jalan Gua Sejuk. Keresahan mula terasa ,jam menunjukkan lebih kurang pukul 11 dan aku mula bertolak tanpa banyak berfikir kerana perjalanan lebih kurang 15 minit dari rumah aku. Sesampainya aku dijalan misteri itu motor tanpa disangka meragam tak mau hidup. Perasaan waktu tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata, aku sangat takut dan aku merasa bulu tengkutku berdiri tegak. Melalui samar-samar cahaya bulan aku ternampak bayangan lembaga menuju kearahku. Aku cuba hidupkan mutor tapi tak boleh. Sampainya dekat aku cukup kenal dengan wajah tu, fusssh! nasib baik. Pak Mat rupanya. Pak Mat pun tumpang aku sampai ketempat kerja. 


Keesokan hari aku baru ingat sudah 3 hari aku tak isi minyak mutor, dan malam tu sesudah sampi ditempat kerja aku tengok minyak mutor betul-betul kering. Menjadi persoalannya, kenapa Pak Mak mat datang saja mutor terus hidup dan Pak Mat buat apa dekat Jalan Misteri tu. Hari-hari berlalu, aku mencari Pak Mat untuk menanyakan yang dia buat apa dekat jalan misteri tu dan tidak ketemu.


Setelah dapat tawaran sambung belajar, aku jumpa bos aku mahu ambil gaji yang terakhir. Maklumla hari terakhir aku bekerja, aku berbual panjang la sampaikan aku cerita pasal aku dijalam misteri  dengan Pak Mat. Tanpa terduga, Pak Mat tidak dikenali bos aku, dengan kata lain Pak Mat tidak pernah bekerja disini. 


Itu la kisah serang yang berlaku pada aku pada tahun 2009, misteri jalan gua sejuk. Sampai sekarang tiada siapa yang boleh merungkap misteri jalan itu dan "Siapakah Pak Mat?"...



No comments:

Post a Comment